1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

Saturday, September 12, 2009

HATI YANG PERLUKAN TEMAN..

Kenapa kita selalu menjadi mangsa keadaan?

sebenarnya kalau kita lihat dari sudut yang positif, kita bukanlah mangsa keadaan.. kita cuma diberi pengajaran agar kita mampu berdikari sendiri. kalau di bandingkan dengan orang yang sentiasa happy dan suka enjoy, mereka pasti lambat matang daripada kita.. mereka sering dimanjakan dengan wang ringgit..

apa yang patut kita lakukan? kita seharusnya perbanyakkan bersabar.. jangan mudah putus asa. dari awal blog ini saya telah katakan.. walau apapun yang berlaku, jangan lah kita akhiri dengan mengeluh, kerana itu akan melemahkan diri dan keyakinan kita untuk menghadapi seseuatu situasi. adakala kita akan berfikir yang TUHAN tidak pernah adil.. tapi itu berlaku di luar keseedaran kita.. kita harus ingat, TUHAN sentiasa adil.. tapi kita tidak pernah menyedari.

cuba kamu renungkan kembali, seandainya kamu ini adalah orang-orang yang lemah, mengapa sampai sekarang kamu masih mampu berdiri dan mengatakan pendapat kamu mengenai sesuatu perkara? ini disebabkan kamu ingin berdiri dan ingin berubah. jangan biarkan pisang berbuah dua kali. jadi sedarlah mengenai kesilapan kamu sekarang dan cuba ubah apa yang salah.


Dalam dunia ini, kita bukan berseorangan. ramai disekeliling kita yang boleh membantu kita. kalau kita asyik berfikiran sempit, sampai bila kita akan maju. jadi.. akhir kata dari saya, mulakan langkah untuk mengubah seseuatu ke arah yang baik. jangan di kisahkan kisah lalu. pepatah inggeris pernah berkata, "we have to forgive and forget".. jadi, setiap kesalahan itu, kita kena maafkan dan lupakan, agar hubungan yang baik dapat diteruskan..

No comments:

Post a Comment