1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

Saturday, August 13, 2011

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Mak.. Rawati lah anak mu ini..

Mak...
Dimanakah mak sekarang?
Ada masa tak untuk menemani anak mu disini?
Anak mu lagi sakit mak.,..
Datanglah untuk menemani anak mu ini..

Mak..
Mak lah segala-segalanya bagi ku..
Setiap apa yang aku lakukan..
Pasti mak akan ketahui dahulu daripada ayah..
Dan apabila anak mu lagi terluka..
Mak juga tahu bagaimana hendak dirawatnya..

Mak..
Ku titipkan doa untukmu di setiap solat ku..
Ku mencari mu dikala aku lagi sedang bersedih..
Ku mencari mu dikala aku lagi terluka..
Dan ku mencari mu dikala aku lagi kesusahan..

Mak..
Rawatlah diriku ini..
Temani lah setiap malam-malamku dengan lagu dan zikir yang pernah mak berikan..
Belaian mu tidak akan sama seperti belaian orang lain..
Dan mak tahu bagaimana hendak dinasihatkan anak-anakmu yang degil..

Mak..
Pulang lah..
Kami amat merinduimu..
Kami ingin mendengar cerita-cerita mu sewaktu kecil..
Kami ingin menangis di pelukan mu..
Lindungi lah anak-anakmu daripada terluka..
Hiburkan lah hati kami mak..

"DAN SETELAH ENGKAU KEMBALI..JANGAN PERGI LAGI MENINGGALKAN KAMI... BIARKAN HANYA KEMATIAN YANG MEMISAHKAN KITA.."

Thursday, August 11, 2011

Sedih VS Gembira

Apa yang dapat aku katakan dalam kehidupan ini?
Hidup ini umpama roda yang berputar...
sekejap kita di atas..
sekejap kita dibawah...
sekejap kita gembira..
sekejap kita sedih..
Iya.. itu lah lumrah hidup kata orang..
sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita...

Itu yang sering berlaku dalam diri..
Sekelip mata aku kehilangan insan yang aku sayangi..
sukar hendak aku luahkan kepada mu wahai blog ku...

Ingin ku kata kan aku bahagia??
Iya .. memang aku bahagia.. sangat-sangat..
dan aku takkan lupa kata-kata itu..
" Congratulation.. you have lost someone in ur life"..

wau!!! betapa hebatnya kata-kata itu... membuatkan aku terpukul...
mungkin dia akan salahkan aku juga kerana sering membuatkan dia terluka...
dan dia akan membenciku sampai dia dapat melupakan aku dalam hidupnya..
dan ingin ku katakan kepada diri ini..
" sekarang kau bahagia kerana menghancurkan hati orang!"

tapi apa kan daya... dan aku tahu.. sampai kapan pun..dia pasti akan membenciku..
aku sedih... kerana terpaksa melepaskanmu.. dan bukan niatku untuk membuat diri mu sebagai simpanan ku..

aku sedar diriku siapa..
dan aku tahu kau hanya mengasihani aku..
aku nampak kekasihmu yang cantik...
aku tidak lah secantik wanita itu..
aku tidak lah sesuci wanita itu..
dan aku tidak lah sebijak dia untuk berkata-kata..

tetapi aku ingin diri ku dihiasi dengan perhiasan syurga...
yang sudah pasti akan berkekalan di alam sana...
kenapa kau salahkan aku?
ingin sangat kah kau melihat tangisan ku ini?
rasa pilu hatinya ditinggalkan orang itu..

ingin ku jerit..
"JANGAN TINGGALKAN AKU!!"

tapi semua itu percuma.. maafkan aku kerana melukai mu... dan aku yakin.. kau takkan ganggu aku lagi.. kerana kau telah bahagia dengan kekasih mu...

Pernah Muda ^__^


Bilang papamu
Ku takkan buat kau berubah
Menjadi anak yang nakal
Bilang mama mu
kucinta padamu

Dan aku tak pernah
Main-main

Biarkanlah saja dulu
Kita jalan berdua
Merekapun pernah muda
Pernah muda Bilang papamu berhenti urusin
Semua urusan kau dan aku

Bilang mamamu tak perlu
Khawatir ataupun curiga kepadaku
Biarkanlah saja dulu

Kita jalan berdua
Merekapun pernah muda

Saatnya kau dan aku sekarang ^__^

Monday, August 8, 2011

Hanya 2 perkara yang ku inginkan daripada mu..

Seorang lelaki bertanya kepada ku...

"kenapa kau tak dapat terpikat dengan aku? kenapa kau nak keraskan hati kau? mengaku jak lah yang kau suka dengan aku.."

Bagaimana hendak aku sampaikan kepadanya..bahawa aku belum bersedia untuk dimiliki orang.. Aku katakan padanya..

"Iya...kalau itu yang kau mau dengar.. memang benar aku suka pada dirimu.. aku sayang pada dirimu.. tetapi aku tidak mencintaimu.. dan aku tidak ingin melukai hatimu lagi.. kenapa kau tak menghargai orang yang ada didepan kau sekarang kau terima dia.. dan hargai lah dia.. lagipun dia wanita yang baik.."

tapi ini lelaki.. setiap kali perempuan cakap begitu pasti akan diungkitnya kisah lalu kita yang dia tahu...

"Bukan begitu...aku terima dia pun masa kita sedang gaduh.. jadi aku terima sahaja sesiapa yang datang.. tapi hati aku tetap dengan kau.. aku cintakan kau.. dan aku mahu bersama kau.."

"kau tahu kah betapa berharganya hati seorang wanita... aku tak mau kau jadi lelaki yang tak bertanggungjawab..senang-senang datang kepadanya..kemudian pergi dari hidup nya.."

"iya...aku tau...dan aku faham... sebab aku pun terluka.. kau suruh aku jaga perasaan dia...tapi perasaan aku siapa nak jaga? kenapa kau masih tak dapat terima aku? kenapa kau masih tak nampak tuah yang datang kepada kau? kenapa orang lain boleh kau terima, boleh kau sentuh kau.. kenapa aku tidak..?? "

walaupun dalam keadaan terluka.. aku sanggup untuk menjawabnya..

"lambat laun...kau akan mencintainya..just bagi dia peluang...kalau kau tak bagi dia peluang... bagaimana kau ingin mengubati hati kau yang terluka.. iya.. memang benar aku mudah untuk menerima orang pada suatu ketika dahulu.. tetapi itu cerita dulu.. mengapa kau tak mengerti? sekarang kau masih nak cakap aku menerima orang lain dengan hati yang terbuka? iya..aku akan terima.. kalau aku dah jumpa orang yang betul.. lagi satu, siapa lagi yang boleh menyentuh ku? hanya boyfren aku sahaja yang aku benarkan untuk menyentuhku.. orang lain tidak.. "

"habis tu..abang angkat kau tu.. kenapa dia sampai sini..kau abaikan aku.. kemudian pergi dengannya...kau benarkan dia menyentuh kau.. dan aku tidak!"

"Ya Allah..kenapa dengan kau ni? sejak bila dia sentuh diri ini.. Dia tidak akan menyetuhku secara sengaja.. aku kenal abang aku... dan sekarang dia membimbing aku.. lagi pun kami sudah berkawan sejak sekolah rendah lagi.. bagaimana pergaulan kami.. seharusnya kau faham.."

"ok..aku akan cuba memahami. tapi sekarang kau berlagak mendapat cinta Illahi.. tetapi masih juga melewatkan solat.. rasanya tiada guna kau katakan seperti itu.. cakap lain... tapi buat tidak.."

Ya Allah..ayat itu lah yang menjadikan tamparan yang hebat buat pipi ku yang gebu ini. Iya..memang benar aku ingin berubah..aku ingin pergi ke Tanah Suci Mekah.. bersama insan yang mampu membimbing ku.. dan aku tahu dia ingin menyedarkan aku.. tetapi kata-kata itu menjadi tamparan hebat buat diriku.. dan aku bertanya kepadanya..

"kenapa kau mencintai aku?"

"aku mencintai kau sebab aku ingin mendalami islam.. dan bukan kerana itu juga... aku mencintai kau kerana Allah.. hati ku terbuka luas untuk berada di jalan Allah.."

"terima kasih kerana kau telah memberikan ketenangan kepada ku. dan kalau betul kau mencintaiku keranaNya, maka hormati lah aku.. jangan sentuh aku lagi.. dan ingatkan lah aku dengan cara yang lembut.. bukan dengan kemarahan atau kehampaan..dan insyaallah..kalau ada jodoh..takkan lari kemana..percaya lah pada takdir..tapi kalau kita tiada jodoh..jangan lah kamu bersedih.. tetapi carilah ketenangan..jangan melawan takdirmu.."

Dengan satu perkataan membuatkan aku terdiam seribu bahasa.. "OK".. iya.. itu lah kata-kata terakhir dia untuk ku... dan kini dia bersama dengan kekasihnya.. dan aku kini semakin berubah..terlalu banyak perubahan pada diriku.. aku akan berusaha untuk mencegah daripada melakukan maksiat.. aku tidak seperti dulu lagi.. tetapi mengapa aku masih dipandang hina dengan orang-orang yang mengenali ku? adakah salah untuk aku berubah.. kembali ke jalanNya..?? berikan lah aku semangat...kuatkan lah hati ku... dalam diam aku bersedih..dan dalam diam aku menangis..

kemudian bertanya lagi seorang lelaki kepada ku..

"kenapa kau tak dapat terpikat dengan ku?"

selepas perubahan itu, aku semakin tenang...dan merendah diri.. dalam diam aku menjawab.. dan dalam diam aku tersenyum dengan persoalan itu..

"Sebab aku sekarang tak macam dulu.. aku tak mudah dimiliki orang lain seperti dulu.. alhamdulillah.. sekarang aku mencari lelaki hanya 2 perkara yang aku akan tengok..tapi aku tak boleh bagitau kat kau.." aku terus tersenyum dengan persoalan itu.. membuatkan aku berfikir sejenak. bila agaknya akan muncul lelaki yang mempunyai 2 perkara itu..

Dan dalam diam..semuanya menjadi rahsia dalam diri ini.. aku menjawab persoalannya dalam diam.. kerana aku tidak mahu dia berubah menjadi apa yang aku inginkan.. Dalam penuh keimanan dan ketaqwaan aku berdoa..

"Ya Allah.. kau berikan lah aku seorang lelaki yang mempunyai dua perkara ini.. pertama, hendaklah dia seorang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu.. agar dia dapat membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.. agar dia dapat mengubah diriku untuk mencari keredhaanMu dan penuhi diriku dengan perhiasan-perhiasan syurga.. dan yang kedua, hendakkan lah dia mencintaiku kerana MU. melayani diri ku sebagai Rasulullah melayan istrinya.. Amin. "


wroten by Sherina Tom, 08/9/2011..



Saturday, August 6, 2011

~☆★Luahan Hati Seorang Hawa★☆~



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Duhai Adam....
Sungguh aku lebih suka saat kau tak mengacuhkanku
Saat tak kau biarkan matamu menatapku penuh
Saat kau tak perduli dengan bujuk rayuku yang mencoba mengalihkan perhatianmu


Duhai Adam....
Biar.... Biarlah begitu
Biarlah mereka menganggapmu culun, gak romantis atau what everlah
Karena engkau tau kewajibanmu Adam
Karna engkau mengharap ridho ILLAHI


Duhai Adam....
Jangan biarkan perhatian kami mengguncang imanmu
Jangan gadaikan diri hanya untuk secebis cinta duniawi
Jangan terpancing dengan nafsu yang mengisi ruang hati.


Duhai Adam....
Bukan rupamu yang elok mempesona yang kami suka
Buka kata-kata rayuan yang kami pinta
Atau sekadar perhatian yang tidak pada tempatnya


Duhai Adam......
Jemput kami dengan untaian doa dan istikharah panjangmu
Bukan dengan cinta berdasarkan hawa nafsu
Cintai kami karena RABBmu
Bukan karna apa yang ada dan tiada dari kami


Duhai Adam....
Jangan kau biarkan kami meracunimu
Membutakan mata hatimu
Menyeretmu dalam cinta penuh nafsu


Duhai Adam....
Teruslah berjuang di jalanNYA
Raihlah cinta sejatiNYA
Penuhi diri dengan ilmu tentang agama dan dunia
Agar kelak dengan bangga kami dapat berkata:


Inilah mujahid kami, yang dipilihkan ILLAHI ROBBI
Inilah mujahid kami, yang slama ini dinanti-nanti
Inilah mujahid kami, yang dicinta karena ALLAH TA'ALA....


Duhai Adam.....
Biarkan aku tersembunyi dalam lipatan misteri
Yakinlah bila suatu saat nanti kita ditakdirkan bersama olehNYA
Tabir itu akan terkuak, dan InsyaAllah kita akan bertemu dalam ikatan pernikahan yang indah


Duhai Adam.....
Usah resah usah gelisah
Yakinlah akan pilihan dan takdirNYA
Aku masih di sini, menantimu dengan sepenuh cinta
Sampai ALLAH subhana wa ta'ala
Mempertemukan kita.




Ana Uhibbuka Fillah
(Aku Mencintaimu karena ALLAH)


Tulang rusukmu yang bengkok

....Hawa


Taken from :
~♥ NOTE.BY ADMIN UKHTY 'Snow Flakes ♥~



Peringatan buat semua...

~** yang singkat itu "WAKTU"

~**yang menipu itu "DUNIA"

~**yang Dekat itu "KEMATIAN"

~**yang besar itu "HAWA NAFSU"

~**yang berat itu "AMANAH"

~**yang sulit itu "IKHLAS"

~**yang mudah itu "BUAT DOSA"

~**yang susah itu "SABAR"

~**yang berharga itu "IMAN"

~**yang ditunggu ALLAH, adalah "TAUBAT"

Friday, August 5, 2011

kata orang..

Kata orang..
kalau kita banyak bersabar...
kia akan menemui kebahagiaan yang sejati..
yang sudah pasti akan bertahan lama..

Kata orang..
kalau kita jaga diri kita daripada bercinta..
kita tidak akan tahu apa ertinya cinta di masa muda..
dengan cinta yang akan datang..

Kata orang..
kalau kita selalu melawan takdir..
kita akan selalu menyalahkan yang kat ATAS..

Kata orang..
kalau kita tidak pernah dikecewakan..
kita tidak akan belajar untuk bangun semula..
sekali dikecewakan pasti akan jatuh kecundang terus ke lubang yang sama...

Kata orang..
jika kita tidak memulakan sesuatu perhubungan dengan persahabatan...
akan lebih berkekalan perhubungan itu apabila dia menjadi pasangan hidup kamu..
jika sebaliknya.. perhubungan itu sukar nak bertahan..

Kata orang..
kalau kita berdendam..
kita akan sakit sampai bila-bila..
dan sukar untuk sembuh..
jika kita tidak berdendam.. terasa ada kekurangan dalam diri kita..


"Tidak peduli apa pun kata orang.. selagi kita menjadi kita Redha dengan ketentuanNya, selagi kita berfikiran positif dan menerima seseorang itu dengan hati yang ikhlas dah terbuka.. kita pasti akan menemui kebahagiaan yang tak terhingga.."

Thursday, August 4, 2011

Wahai Wanita..

JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU..♥..♥..♥..♥..

♥ Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu ♥
♥ Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu♥
♥ Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu ♥
♥ Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK ♥

Wahai lelaki...

~* Wahai lelaki *~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia, lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi imam terbaik & redhalah padanya

~* moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu *~ ^_^'

Resepi menjadi suami idaman


1.Suami pulang kerja jangan lupa senyum sama istri,
sempatkan cium kening sang istri...
2.Jangan lupa keromantisan itu perlu dalam rumah tangga
3.Kalau menyuruh istri jangan suka bentak-bentak...hihihihi
4.Istri juga perlu di sayang dan sebalik nya sang istri juga menyayangi sang suami
5.Menjaga rumah tangga tetap harmonis ...sayang istri & sayang anak ...^__^

Monday, August 1, 2011

kehidupan maya dan realiti..

kehidupan maya dan realiti??
apa yang kamu faham tentang topik ni?
rasanya, selagi orang tu tak alaminya sendiri, mereka tidak akan faham tentang ni..

dunia sekarang serba moden dan berteknologi..
dahulunnya, kita mengenali seseorang hanya apabila bertemu ataupun orang tu salah menekan nombor..
namun sekarang, kita dapat berkenalan dengan ramai orang..hanya melalui "Facebook,Yahoo chat, Tagged, mahupun chatting online"..
tengok lah betapa bezanya dunia kita sekarang.. sehinggakan kita tidak mengetahui batas-batas kita untuk berkawan..

Jika orang yang pernah mengalaminya, pasti dia mengetahui perkara ini..
ada yang sanggup menipu semata-mata ingin mendapatkan simpati orang tu agar dapat membolot harta-hartanya..
ada pula yang sanggup mereka cerita untuk mendapatkan simpati orang..
sehinggakan mereka sanggup membelanjakan wang ringgit mereka untuk mendekati orang itu..

Tapi, adakalanya, kita tidak sedar yang kita juga mampu memiliki kebahagiaan bersama orang itu..
apa yang diperlukan adalah, kesabaran dan keikhlasan kita untuk berkenalan dengan orang itu..
kita juga mampu merasa kebahagiaan sekiranya kita dapat mencintainya secara ikhlas juga tulus..
siapa kata semua alam maya hanya lah fantasi semata-mata?
adakalanya kita tidak nampak yang berada depan mata kita itu lah "orang yang jahat"..

itu lah yang dikatakan..
"CINTA ITU BUTA"..
kita tidak akan dapat memilikinya melainkan kita betul ikhlas ingin hidup bersama orang itu..
setiap jalan cerita pasti ada suka dan duka..

kita ini adalah "pelakon"..
dunia ini adalah "pentas lakonan"..
dan di ATAS itu lah "pengarahnya"..

kita hanya mampu berserah kepadaNya..
kata orang..
untuk mengetahui keikhlasan seseorang itu..
"Butakan mata anda, Tutupi lah telinga anda, dan jahitlah mulut kita"..
sudah pasti kita akan nampak keikhlasan mereka.. :D