1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

Saturday, September 12, 2009

HATI YANG PERLUKAN TEMAN..

Kenapa kita selalu menjadi mangsa keadaan?

sebenarnya kalau kita lihat dari sudut yang positif, kita bukanlah mangsa keadaan.. kita cuma diberi pengajaran agar kita mampu berdikari sendiri. kalau di bandingkan dengan orang yang sentiasa happy dan suka enjoy, mereka pasti lambat matang daripada kita.. mereka sering dimanjakan dengan wang ringgit..

apa yang patut kita lakukan? kita seharusnya perbanyakkan bersabar.. jangan mudah putus asa. dari awal blog ini saya telah katakan.. walau apapun yang berlaku, jangan lah kita akhiri dengan mengeluh, kerana itu akan melemahkan diri dan keyakinan kita untuk menghadapi seseuatu situasi. adakala kita akan berfikir yang TUHAN tidak pernah adil.. tapi itu berlaku di luar keseedaran kita.. kita harus ingat, TUHAN sentiasa adil.. tapi kita tidak pernah menyedari.

cuba kamu renungkan kembali, seandainya kamu ini adalah orang-orang yang lemah, mengapa sampai sekarang kamu masih mampu berdiri dan mengatakan pendapat kamu mengenai sesuatu perkara? ini disebabkan kamu ingin berdiri dan ingin berubah. jangan biarkan pisang berbuah dua kali. jadi sedarlah mengenai kesilapan kamu sekarang dan cuba ubah apa yang salah.


Dalam dunia ini, kita bukan berseorangan. ramai disekeliling kita yang boleh membantu kita. kalau kita asyik berfikiran sempit, sampai bila kita akan maju. jadi.. akhir kata dari saya, mulakan langkah untuk mengubah seseuatu ke arah yang baik. jangan di kisahkan kisah lalu. pepatah inggeris pernah berkata, "we have to forgive and forget".. jadi, setiap kesalahan itu, kita kena maafkan dan lupakan, agar hubungan yang baik dapat diteruskan..

Saturday, September 5, 2009

KepAdA Orang Yang tidak Tahu Mengawal Emosi..

Ini saya tujukan untuk orang-orang yang sedang mengalami masalah mengawal emosi.. lebih-lebih lagi kepada remaja-remaja sekarang ni..

Nama pun remaja, mestilah banyak saja masalah yang berada di minda mereka. Dalam usia 14-17 tahun ini lah yang patut kita ambil perhatian yang lebih. Saya pun ada adik juga, dia selalu tanya saya, macamana saya dapat tenang walaupun banyak masalah yang timbul? Saya ini sekarang SPM, jadi dia ni banyak sangat masalah. Saya teringat tentang diri saya sewaktu berada di tingkatan dua dulu. Memang ada saja masalah yang timbul. tapi mujur lah saya ni, bukan jenis yang kuat memberontak. Kalau tidak, alamatlah ibubapa saya menanggung saya yang nakal ni.. hahaha.. Dari sana lah saya banyak belajar cara-cara mengawal emosi saya.

Adakalanya keluarga saya ni jenis yang periang, tapi kalau ada masalah, saya tetap akan menjadi orang tengah. Bukan apa, sebab bagi saya itu tanggungjawab saya sebagai seorang kakak dan anak sulung dalam keluarga saya. Saya sentiasa mengingatkan adik saya untuk belajar mengawal diri daripada hasutan syaitan. Kita tidak boleh mengalah begitu sahaja. Lagipun, sajauh mana kamu dapat lari dari masalah? Dia tetap akan ikut kamu ke mana sahaja..
Sampai termimpi-mimpi lagi dikejar hantu.. Perkara biasa lah tu, bagi remaja-remaja yang sedang ada masalah dengan girlfriend/boyfriend, jangan lah lepaskan geram dengan keluarga kamu. Mereka bukannya tahu apa-apa. Kalau kamu di apa-apakan, keluarga juga yang susah. Tapi, walauapapun terjadi, ingatlah.. Kamu bukan seorang didunia ini, kamu masih ada keluarga. Dibandingkan nasib kamu dengan anak yatim piatu, mereka cuma lah insan lain yang ingin menumpang kasih sayang daripada orang lain. Tidak lupa juga, Tuhan sentiasa ada dengan kita.
Dalam hidup saya, saya meletakkan ibubapa yang paling utama selepas Tuhan, tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Barulah keluarga saya yang lain. Tidak kira lah siapa sekali pun. Saya akan bertindak ikut masa, bukannya melulu saja nak melenting. Kalau ada masalah dengan seseorang tu, jangan lah terus melenting. Masalah tu tidak akan berakhir. Jadi ingatilah diri tu. Apabila orang lain pula menghadapi masalah, saya akan menjadi pendengar yang setia. Saya akan bagi pendapat bila perlu, saya akan bersikap lebih terbuka dan mengetahui isi yang orang tu ingin kemukan..

Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan, jumpa lagi di pages akan datang.. sentiasa senyum walaupun ada masalah..
kesilapan seorang insan amat mudah untuk kita lihat.. dan terlalu mudah untuk kita membuat kesilapan terhadap diri mereka. tapi kenapa kita tidak lihat dari dalaman diri mereka? adakah sesuatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan apa yang kita lihat pada kenyataan?

Ingatlah.. jangan kita menilai seseorang hanya dengan melihat dengan mata kita, kita harus menilai mereka dengan menggunakan mata hati. walaupun mereka bukanlah orang yang dapat memahami mereka, tetapi pengorbanan yang kita buat akan membuat hati kita turut gembira dan mengingatkan kita tentang diri kita.

Pernahkah kita terfikir, kenapa kita mahu mengutuk/memperli orang lain sedangkan diri kita sendiri lebih kurang sama dengan diri mereka?

contohnya;

dia jalan beriringan dengan boyfriend/girlfriens, kita pun sama..
dia bermanja sikit, macam lah kita tidak pernah buat..
dia rapat dengan lelaki, kita pun ada kawan lelaki..


Bukankah kita semua ini adalah sama sahaja? oleh itu, jangan lah kita mengatakan apa yang kita lihat di depan mata kita.. tapi sebelum mengata kepada seseorang, biarlah kita cermin diri kita sendiri dahulu. macamana bencinya kita kepada mereka, sikap menbenci itu adalah amalan syaitan..