1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

Wednesday, October 16, 2013

"Cyber Bullying"


Laman sosial pada masa kini semakin berleluasa. Zaman budak kecil sudah tidak lagi seperti dahulu kala. Mereka lebih suka berada dirumah, berkurung didalam bilik dan bermain dengan komputer dan sebagainya.
Adakah ini sihat untuk mereka? Adakah ini mampu membantu mereka ke arah lebih baik? Adakah laman sosial seperti ini selamat untuk mereka layari?


Siapakah kawan mereka? Adakah semuanya benar wujud atau hanya di alam maya?





Pembulian Cyber atau lebih dikenali sebagai "Cyber Bullying" adalah perkara yang amat merunsingkan bagi setiap ibu bapa. Perkara ini semakin berleluasa lebih-lebih lagi negara Malaysia. Kes penipuan semakin berleluasa, remaja mengalami tekanan disebabkan perkara kecil, anak-anak diperlakukan seolah-olah mereka itu lah badut di dalam lama sosial. Laman sosial ini boleh menjadi salah satu perisian untuk kita mencari kawan daripada negara atau negeri lain. Laman social ini juga digunakan untuk kita lebih mudah untuk berhubung bersama orang yang tersayang yang jauh diperantauan. Tetapi, wujudnya pembulian ini berlaku apabila 'post' atau status di laman sosial tersebut memberikan fakta atau fitnah kepada orang lain sehingga mendatangkan salah faham antara satu sama lain. Seperti : 
salah satu gambar yang bolek mendatangkan konflik




Oleh sebab itu, negara kita perlu adanya 'Undang-undang Pembulian Siber' untuk menuntut bela bagi mereka yang menghadapi situasi seperti diatas. Perkara ini di sokong oleh Olivia Edward, berusia 15 tahun mengalami situasi dimana dia dibuli di laman sosialnya. Cerita selanjutnya boleh di baca di laman Cyber Bullying needed!


Semua ini harus dihentikan untuk kesejahteraan anak-anak pada masa hadapan. 

Saturday, July 28, 2012

Cemburu Buta

Cemburu...
itu lah satu perasaan yang sukar untuk kita ungkapkan bila kita sedang dilanda cemburu..
cemburu itu sudah menjadi satu fitrah buat kita setiap manusia..
dan perasaan cemburu itu lah yang membuktikan betapa sayangnya kita ada seseorang..
dan cemburu juga lah yang menyebabkan kita hilang kepercayaan kepada seseorang yang kita sayang..




Pernahkah kita bertanya dengan diri kita..
adakah cemburu yang ada dalam diri kita ini 
cemburu tanda sayang... 
ataupun cemburu sebaliknya..?


Kerana cemburu...
banyak perkara boleh berlaku..
kerana cemburu juga.. 
kita boleh kehilangan segala-galanya..
kita juga boleh kehilangan orang yang kita sayang..


Perasaan cemburu itu perlu ada pada setiap orang..
Jangankan suami isteri..
Jangankan couple..
Dalam keluarga, adik beradik kita sendiri pasti ada perasaan cemburu sesama sendiri..

Cemburu yang membawa kita kepada kejayaan dan juga persaingan yang sihat adalah lebih baik berbanding kita cemburu atas sebab-sebab yang tidak tentu..






Tuesday, July 24, 2012

Indahnya Menjalinkan Sebuah Hubungan yang Halal..

Pernikahan?
ada apa dengan sebuah pernikahan?
Pernahkah anda terfikir bahawa menjalinkan hubungan yang halal itu seseuatu yang indah?
Pada zaman dahula kala lagi, kita sudah biasa dengar dengan kahwin muda...
Bukan setakat zaman dahulu lagi..
Zaman sekarang juga ramai yang sudah berkahwin pada usia muda..

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berfikiran terbuka dengan 'kahwin muda',
banyak kelebihannya pada usia muda ini...
antaranya..

> kita dapat mengelakkan gejala sosial yang semakin berleluasa
> kita dapat mengelakkan maksiat
> hubungan yang halal di mata Allah amat penting buat kita..
> kita dapat mengelak daripada berlakukannya perkara-perkara tidak baik.
> dan macam-macam lagi...

Tapi ada yang berfikir bahawa ianya tidak elok untuk diri... atas sebab-sebab tersendiri...
well... secaranya jujurnya.. kahwin awal mahupun kahwin lambat itu terpulang pada setiap individu.. ada yang ingin kejar cita-cita mereka sebelum mereka mendirikan rumah tangga.. dan ada yang berkata mereka belum pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga... dalam padangan yang positif.. mereka tidak tahu, bahawa kahwin pada usia muda juga mendapat pelbagai kebaikan..

Itu semua telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.
Jika telah tertulis yang kita akan berkahwin pada usia muda.. maka berkahwinlah kita..
Jika telah tertulis yang kita akan berkahwin pada usia yang lewat...maka.. lambat lah kita..
Allah telah berkata.. kun fa ya kun..
Jika terjadi sesuatu perkara itu, maka berlakulah ia..

Wahai para muslimin dan muslimat..
pernah kah anda berfikir bahawa dia lah jejaka untuk mu?
dan pernahkah anda terfikir bahawa lelaki/perempuan itu akan menjadi seorang walid/ibu yang baik pada anak-anakmu kelak?

Jika iya...
maka, jangan dilambat-lambatkan perkara yang baik...jika kalian sudah bersedia untuk bernikah.. maka bernikah lah kamu... kerana dikhuatiri perkara yang tidak baik akan berlaku..
MasyaAllah.. 



' adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) & memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka' (An-Nisa' 34)


' sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik & lemah lembut terhadap isterinya'..




Walauapapun.. kita jangan lupa..untuk mengucapkan syukur kepada-Nya.. kerana.. setiap apa yang baik.. datang daripadaNya..dan harus di ingatkan... jika kita mencintai seseorang kerena Agamanya.. maka.. InsyaAllah... segalanya akan berjalan dengan lancar.. dan jika kita mencintai mereka kerana rupa dan paras nya.. maka suatu saat nanti.. cinta kita akan hilang bersama waktu yang berjalan dan pudarnya kecantikan pada paras wajahnya.. 

"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." -imam an-nawawi

ORIGINALLY WROTE BY SHERINA

Saturday, August 13, 2011

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Mak.. Rawati lah anak mu ini..

Mak...
Dimanakah mak sekarang?
Ada masa tak untuk menemani anak mu disini?
Anak mu lagi sakit mak.,..
Datanglah untuk menemani anak mu ini..

Mak..
Mak lah segala-segalanya bagi ku..
Setiap apa yang aku lakukan..
Pasti mak akan ketahui dahulu daripada ayah..
Dan apabila anak mu lagi terluka..
Mak juga tahu bagaimana hendak dirawatnya..

Mak..
Ku titipkan doa untukmu di setiap solat ku..
Ku mencari mu dikala aku lagi sedang bersedih..
Ku mencari mu dikala aku lagi terluka..
Dan ku mencari mu dikala aku lagi kesusahan..

Mak..
Rawatlah diriku ini..
Temani lah setiap malam-malamku dengan lagu dan zikir yang pernah mak berikan..
Belaian mu tidak akan sama seperti belaian orang lain..
Dan mak tahu bagaimana hendak dinasihatkan anak-anakmu yang degil..

Mak..
Pulang lah..
Kami amat merinduimu..
Kami ingin mendengar cerita-cerita mu sewaktu kecil..
Kami ingin menangis di pelukan mu..
Lindungi lah anak-anakmu daripada terluka..
Hiburkan lah hati kami mak..

"DAN SETELAH ENGKAU KEMBALI..JANGAN PERGI LAGI MENINGGALKAN KAMI... BIARKAN HANYA KEMATIAN YANG MEMISAHKAN KITA.."

Thursday, August 11, 2011

Sedih VS Gembira

Apa yang dapat aku katakan dalam kehidupan ini?
Hidup ini umpama roda yang berputar...
sekejap kita di atas..
sekejap kita dibawah...
sekejap kita gembira..
sekejap kita sedih..
Iya.. itu lah lumrah hidup kata orang..
sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita...

Itu yang sering berlaku dalam diri..
Sekelip mata aku kehilangan insan yang aku sayangi..
sukar hendak aku luahkan kepada mu wahai blog ku...

Ingin ku kata kan aku bahagia??
Iya .. memang aku bahagia.. sangat-sangat..
dan aku takkan lupa kata-kata itu..
" Congratulation.. you have lost someone in ur life"..

wau!!! betapa hebatnya kata-kata itu... membuatkan aku terpukul...
mungkin dia akan salahkan aku juga kerana sering membuatkan dia terluka...
dan dia akan membenciku sampai dia dapat melupakan aku dalam hidupnya..
dan ingin ku katakan kepada diri ini..
" sekarang kau bahagia kerana menghancurkan hati orang!"

tapi apa kan daya... dan aku tahu.. sampai kapan pun..dia pasti akan membenciku..
aku sedih... kerana terpaksa melepaskanmu.. dan bukan niatku untuk membuat diri mu sebagai simpanan ku..

aku sedar diriku siapa..
dan aku tahu kau hanya mengasihani aku..
aku nampak kekasihmu yang cantik...
aku tidak lah secantik wanita itu..
aku tidak lah sesuci wanita itu..
dan aku tidak lah sebijak dia untuk berkata-kata..

tetapi aku ingin diri ku dihiasi dengan perhiasan syurga...
yang sudah pasti akan berkekalan di alam sana...
kenapa kau salahkan aku?
ingin sangat kah kau melihat tangisan ku ini?
rasa pilu hatinya ditinggalkan orang itu..

ingin ku jerit..
"JANGAN TINGGALKAN AKU!!"

tapi semua itu percuma.. maafkan aku kerana melukai mu... dan aku yakin.. kau takkan ganggu aku lagi.. kerana kau telah bahagia dengan kekasih mu...

Pernah Muda ^__^


Bilang papamu
Ku takkan buat kau berubah
Menjadi anak yang nakal
Bilang mama mu
kucinta padamu

Dan aku tak pernah
Main-main

Biarkanlah saja dulu
Kita jalan berdua
Merekapun pernah muda
Pernah muda Bilang papamu berhenti urusin
Semua urusan kau dan aku

Bilang mamamu tak perlu
Khawatir ataupun curiga kepadaku
Biarkanlah saja dulu

Kita jalan berdua
Merekapun pernah muda

Saatnya kau dan aku sekarang ^__^