1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

1Citizen

1Citizen
Supported by 1Citizen

Monday, August 8, 2011

Hanya 2 perkara yang ku inginkan daripada mu..

Seorang lelaki bertanya kepada ku...

"kenapa kau tak dapat terpikat dengan aku? kenapa kau nak keraskan hati kau? mengaku jak lah yang kau suka dengan aku.."

Bagaimana hendak aku sampaikan kepadanya..bahawa aku belum bersedia untuk dimiliki orang.. Aku katakan padanya..

"Iya...kalau itu yang kau mau dengar.. memang benar aku suka pada dirimu.. aku sayang pada dirimu.. tetapi aku tidak mencintaimu.. dan aku tidak ingin melukai hatimu lagi.. kenapa kau tak menghargai orang yang ada didepan kau sekarang kau terima dia.. dan hargai lah dia.. lagipun dia wanita yang baik.."

tapi ini lelaki.. setiap kali perempuan cakap begitu pasti akan diungkitnya kisah lalu kita yang dia tahu...

"Bukan begitu...aku terima dia pun masa kita sedang gaduh.. jadi aku terima sahaja sesiapa yang datang.. tapi hati aku tetap dengan kau.. aku cintakan kau.. dan aku mahu bersama kau.."

"kau tahu kah betapa berharganya hati seorang wanita... aku tak mau kau jadi lelaki yang tak bertanggungjawab..senang-senang datang kepadanya..kemudian pergi dari hidup nya.."

"iya...aku tau...dan aku faham... sebab aku pun terluka.. kau suruh aku jaga perasaan dia...tapi perasaan aku siapa nak jaga? kenapa kau masih tak dapat terima aku? kenapa kau masih tak nampak tuah yang datang kepada kau? kenapa orang lain boleh kau terima, boleh kau sentuh kau.. kenapa aku tidak..?? "

walaupun dalam keadaan terluka.. aku sanggup untuk menjawabnya..

"lambat laun...kau akan mencintainya..just bagi dia peluang...kalau kau tak bagi dia peluang... bagaimana kau ingin mengubati hati kau yang terluka.. iya.. memang benar aku mudah untuk menerima orang pada suatu ketika dahulu.. tetapi itu cerita dulu.. mengapa kau tak mengerti? sekarang kau masih nak cakap aku menerima orang lain dengan hati yang terbuka? iya..aku akan terima.. kalau aku dah jumpa orang yang betul.. lagi satu, siapa lagi yang boleh menyentuh ku? hanya boyfren aku sahaja yang aku benarkan untuk menyentuhku.. orang lain tidak.. "

"habis tu..abang angkat kau tu.. kenapa dia sampai sini..kau abaikan aku.. kemudian pergi dengannya...kau benarkan dia menyentuh kau.. dan aku tidak!"

"Ya Allah..kenapa dengan kau ni? sejak bila dia sentuh diri ini.. Dia tidak akan menyetuhku secara sengaja.. aku kenal abang aku... dan sekarang dia membimbing aku.. lagi pun kami sudah berkawan sejak sekolah rendah lagi.. bagaimana pergaulan kami.. seharusnya kau faham.."

"ok..aku akan cuba memahami. tapi sekarang kau berlagak mendapat cinta Illahi.. tetapi masih juga melewatkan solat.. rasanya tiada guna kau katakan seperti itu.. cakap lain... tapi buat tidak.."

Ya Allah..ayat itu lah yang menjadikan tamparan yang hebat buat pipi ku yang gebu ini. Iya..memang benar aku ingin berubah..aku ingin pergi ke Tanah Suci Mekah.. bersama insan yang mampu membimbing ku.. dan aku tahu dia ingin menyedarkan aku.. tetapi kata-kata itu menjadi tamparan hebat buat diriku.. dan aku bertanya kepadanya..

"kenapa kau mencintai aku?"

"aku mencintai kau sebab aku ingin mendalami islam.. dan bukan kerana itu juga... aku mencintai kau kerana Allah.. hati ku terbuka luas untuk berada di jalan Allah.."

"terima kasih kerana kau telah memberikan ketenangan kepada ku. dan kalau betul kau mencintaiku keranaNya, maka hormati lah aku.. jangan sentuh aku lagi.. dan ingatkan lah aku dengan cara yang lembut.. bukan dengan kemarahan atau kehampaan..dan insyaallah..kalau ada jodoh..takkan lari kemana..percaya lah pada takdir..tapi kalau kita tiada jodoh..jangan lah kamu bersedih.. tetapi carilah ketenangan..jangan melawan takdirmu.."

Dengan satu perkataan membuatkan aku terdiam seribu bahasa.. "OK".. iya.. itu lah kata-kata terakhir dia untuk ku... dan kini dia bersama dengan kekasihnya.. dan aku kini semakin berubah..terlalu banyak perubahan pada diriku.. aku akan berusaha untuk mencegah daripada melakukan maksiat.. aku tidak seperti dulu lagi.. tetapi mengapa aku masih dipandang hina dengan orang-orang yang mengenali ku? adakah salah untuk aku berubah.. kembali ke jalanNya..?? berikan lah aku semangat...kuatkan lah hati ku... dalam diam aku bersedih..dan dalam diam aku menangis..

kemudian bertanya lagi seorang lelaki kepada ku..

"kenapa kau tak dapat terpikat dengan ku?"

selepas perubahan itu, aku semakin tenang...dan merendah diri.. dalam diam aku menjawab.. dan dalam diam aku tersenyum dengan persoalan itu..

"Sebab aku sekarang tak macam dulu.. aku tak mudah dimiliki orang lain seperti dulu.. alhamdulillah.. sekarang aku mencari lelaki hanya 2 perkara yang aku akan tengok..tapi aku tak boleh bagitau kat kau.." aku terus tersenyum dengan persoalan itu.. membuatkan aku berfikir sejenak. bila agaknya akan muncul lelaki yang mempunyai 2 perkara itu..

Dan dalam diam..semuanya menjadi rahsia dalam diri ini.. aku menjawab persoalannya dalam diam.. kerana aku tidak mahu dia berubah menjadi apa yang aku inginkan.. Dalam penuh keimanan dan ketaqwaan aku berdoa..

"Ya Allah.. kau berikan lah aku seorang lelaki yang mempunyai dua perkara ini.. pertama, hendaklah dia seorang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu.. agar dia dapat membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.. agar dia dapat mengubah diriku untuk mencari keredhaanMu dan penuhi diriku dengan perhiasan-perhiasan syurga.. dan yang kedua, hendakkan lah dia mencintaiku kerana MU. melayani diri ku sebagai Rasulullah melayan istrinya.. Amin. "


wroten by Sherina Tom, 08/9/2011..



3 comments: